
At last, I have my own shop. Sesuatu yang aku idamkan sejak dari kecil lagi. Walaupun ianya perlu dibayar sewa setiap bulan tapi at least aku ada tempat yang boleh kupanggil sebuah kedai milikku.
Kedai ini diuruskan oleh staf-staf aku yang berdedikasi untuk sama-sama membantu bagi memajukan perniagaan ini. Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 9pg - 11 mlm.
Memandangkan inilah satu-satunya kedai serbaneka di area tersebut...selain kedai Mesra dan 7e, aku memberanikan diri untuk mengurus perniagaan ini dengan sedikit modal dari simpanan yang aku ada.
Memang masih banyak ruang untuk diisi di dalam kedai ini kerana ruang niaga yang agak luas tapi aku jenis yang tidak suka mengambil dari supplier yang datang ke kedai sebab cukup 30 hari akan terasa terlalu banyak duit perlu dikeluarkan untuk membayar kepada mereka. Aku lebih senang membeli sendiri barang2 di kedai dari pusat pemborong yang banyak di Lembah Kelang ni secara berhemat dan sedikit demi sedikit...jadi tak nampak sangat duit mengalir deras dari kocek secara lump sum.
Buat masa ni kami mempunyai barangan seperti berikut:
i) HALAGEL
ii) HIGOAT
iii) ECPI
iV) ROYAL ALBERT OLD COUNTRY ROSES (bone china yg terkenal tuh...!!!!)
V) ORIGINAL PERFUME (aku import sendiri dari USA dan UK)...harga memang murag giler..
SUDI-SUDIKAN LAH MELAWAT. Thanks